Ahad, 25 November 2012

SKPPH, Ulu Kinta


Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
 
                       Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan (SKPPH) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak 1.5 kilometer dari Kem Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Ulu Kinta di negeri Perak, Malaysia. Pembinaan SKPPH  bermula pada tahun 1967 dan siap untuk digunakan pada 6 Mei 1968. Ia dibina di atas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi secara percuma oleh pihak Briged Utara, Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bagi menyediakan lokasi sekolah yang hampir dengan kem tersebut. Sekolah ini dibina bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta.  Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai sebuah blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin. Tanggal 9 Mac 1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Mohamed Khir Johari. Pada 10 Jun 1969 tempat pancutan air telah dibina di tepi bangunan sekolah bagi mengindahkan kawasan sekolah. Perpustakaan pula beroperasi dengan sepenuhnya pada 4 Julai 1969.Kini SKPPH telah berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan yang dikenali ramai. Bangunan sekolah juga turut bertambah kepada 5 blok bagi menampung pertambahan murid. Murid-murid di sekolah ini sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak anggota Pasukan Polis Hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am Briged Utara selepas tahun 1990. Kebanyakan murid-murid lepasan SKPPH menyambung pelajaran mereka ke sekolah berasrama penuh, sekolah teknik, sekolah agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta. Walaupun Kem Pasukan Polis Hutan telah ditukar namanya ke Kem Pasukan Gerakan Am, sekolah ini tetap mengekalkan nama lamanya, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan kerana sejarah awalnya. 

 Pintu pagar utama SKPPH 
 
 
  Blok B dibina pada tahun 1968
 
 
 Kantin Sekolah
  
 
 
 
 Blok D dan Blok E