Aktiviti

Pemulihan untuk Kelas 5 Aktif di SK Pasukan Polis Hutan telah dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kumpulan sasaran adalah 5 orang murid Orang Asli daripada kelas tersebut. Kaedah p&p menggunakan perisian komputer telah digunakan. Saya telah menjalankan pengajaran berkenaan di makmal komputer sekolah menggunakan bahan Bacaan Bergred Kelas Pemulihan. Mereka kelihatan teruja dan telah menunjukkan minat untuk mengikuti kelas tersebut tanpa jemu. Kemahiran-kemahiran membaca yang telah dibina mengikut kemahiran kelas pemulihan didapati amat menarik dan berjaya menarik perhatian mereka untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disediakan. Keyakinan diri berupaya dipupuk menerusi aktiviti membaca sendiri ayat-ayat yang dipaparkan dan ketika melengkapkan ayat-ayat yang diberikan.


Aktiviti ini juga dapat menyemai semangat kerjasama antara murid ketika
menyelesaikan soalan yang diperlukan





Bahan Bacaan Bergred Kelas Pemulihan mengandungi tujuh modul yang mengandungi kaedah membaca mengikut aras kemampuan murid-murid berkenaan.


Modul 1



Modul 2



Modul 3


Modul 4




Modul 5



Modul 6



Modul 7  
 
 
Belajar Sambil Berhibur 
 
           Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala berhibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang. Pembelajaran dan pengajaran disampaikan menggunakan  teks, grafik, audio, video, dan animasi. Perkembangan teknologi internet juga telah mencetuskan komuniti pembelajaran maya. Pembelajaran maya telah mengubah dan akan terus berperanan di dalam pembangunankomuniti, sama ada di negara ini atau di peringkat dunia. Program “Oh My English!” dan cerita animasi “Upin dan Ipin” merupakan antara contoh-contoh cara belajar sambil berhibur yang begitu popular pada hari ini. 
 
 
Lagu Bangau Oh Bangau
 
 
Lagu Kereta Merah
 
 
Lagu Terima Kasih Cikgu
 
 
 
 

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih Aziah. Segala yang dipaparkan untuk kita semua kongsi bersama.

      Padam