Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang
sedang bersabar.
Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa
yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,
akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat
hidup kita menjadi lebih bahagia.
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu
ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di
tempat lain yang lebih menyeronokkan
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar
kembali kepada bentuk asalnya.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa
gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu
jika menerima kebaikan daripada orang lain.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui
cinta yang jauh lebih indah.
Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi
sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu
yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu
permintaan kamu diabaikan orang.
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia
telah hilang barulah manusia benar-benar terasa
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah
mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki
hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal
yang hadir dalam hidupnya.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup
dalam kenangan.
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung,
perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung
antara ibu dan ayah

glitter-graphics.com
saya suka sgt kata-kata mutiara nih :)
BalasPadamTerima kasih tanda ingatan
BalasPadam