Nota

Definisi Ayat

Menurut Nik Safiah Karim, Farid M.Onn dan Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 1992, telah menyatakan ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna iaitu dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Secara amnya ayat dibahagikan kepada dua jenis iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat tunggal merupakan ayat yang ada satu subjek dan satu predikat. Subjek ialah pelaku yang terdiri daripada kata nama. Predikat pula ialah cerita berkenaan subjek. 
 
 
 
 
 
 
 


 
 


Kata Nama Khas

Kamus Linguistik (1997), telah mendefinisikan kata nama khas sebagai kata yang merujuk kepada orang, benda atau tempat khusus.


Jenis Kata Nama Khas
 
 
  Safiah Karim (2008), mendefinisikan kata nama sebagai yang menjadi inti frasa nama dalam ayat dan biasanya kata ini menamakan orang, tempat atau benda.

Frasa Nama
Penentu
Kata Nama (inti)
Penerang
beberapa orang mahasiswa ekonomi
semua kambing jantan
segala perkakasan komputer
keempat-empat bas pelancong
tiap-tiap bangunan tinggi
 
Golongan Kata Nama
Kata nama am Contoh
benda alam, dunia, cakerawala, pohon, orang
perkara iklim, cahaya, roh, udara, hisapan
konsep kedamaian, perpindahan, keadilan

 
Kata Nama Am Hidup Manusia
peguam kanak-kanak
peguam kanak-kanak
guru nelayan
pelajar pelayan
ayah Petani

Kata nama am hidup bukan manusia
ayam bidadari
ikan jin
rumput iblis
Pasu pari-pari

Kata nama am tak hidup institusi
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Kata Nama Am Institusi
kepada
daripada
Sekolah
Hospital
universiti
Persatuan

Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit
Frasa Sendi Nama
Sendi Nama
Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Konkrit
Ke
 
dari
rumah
padang
jalan
bandar
negeri
Sungai

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
Frasa Nama
Bilangan
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
Satu
 
Tiap-tiap
senyuman
bayangan
pendapat
rancangan
gangguan
Hisapan

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
angin ketibaan
hawa angkasa
iklim kesungguhan
kecantikan keriangan
 
 
........................................................................................................................................

FORMULA MEMBINA AYAT 1

· Apa - kejadian/peristiwa yang berlaku

· Bila -bila tarikh/masa diadakan

· Mana -tempat diadakan

· Siapa -siapa yang terlibat

· Mengapa - sebab diadakan

· Bagaimana -bagaiman suasana/kejadian boleh berlaku


FORMULA MEMBINA AYAT 2

· Siapa + buat apa + di mana

· Siapa dan siapa + buat apa + dimana

· Siapa + buat apa + mengapa

· Siapa + buat apa +di mana + mengapa

· Siapa dan siapa +buat apa + di mana + mengapa

· Siapa + buat apa + menggunakan apa

· Siapa + buat apa + menggunakan apa + di mana

· Siapa + buat apa + menggunakan apa + di mana +mengapa

TEKNIK MENJAWAB

· Baca arahan dan garis kata kunci.

· Kenal pasti aktiviti atau kata kerja.

· Bina frasa yang sesuai.

· Bina ayat yang lengkap.

· Semak semula ayat-ayat yang telah dibina dari aspek kesalahan ejaan, anda baca dan struktur ayat.
 
 


3 ulasan:

  1. Penerangan yang jelas untuk kata nama. bagus untuk bahan mengajar. tahniah cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu Rohana. Semoga maklumat yang dipaparkan dapat menambahkan pengetahuan kepada kita semua.

      Padam
  2. mudah difahami. terima kasih cikgu..

    BalasPadam