Video

Cerita teladan dimaksudkan sebagai cerita yang mempunyai unsur didaktik, pendidikan moral dan memberi pengajaran atau teladan. Pengajaran atau pendidikan tersebut biasanya lebih tertumpu kepada kanak-kanak berlandaskan peraturan kehidupan sosial dan budaya atau ajaran agama.
 
Kisah Sang Kancil dan Buaya
 

Cerita teladan biasanya dalam bentuk naratif. Struktur cerita adalah sederhana dan tidak berbelit-belit seperti cerita penglipurlara. Biasanya plot cerita teladan bersifat kronologi. Susunan cerita adalah mengikut urutan waktu.Sering diketengahkan cerita tentang watak baik mendapat pembelaan manakala watak jahat akan menerima pembalasan setimpal. Cerita teladan ini banyak berlaku di alam yang nyata seperti kampung, hutan, istana, gua dan sebagainya. Cerita teladan ini berlaku di zaman yang dahulu ketika rakyat tidak tahu membaca tetapi masanya tidak dapat ditentukan.
 
Sang Singa yang Haloba
 

Cerita teladan disampaikan dalam bentuk pemeriaan dan tidak diselit gaya bahasa puisi seperti yang terdapat dalam cerita penglipurlara. Ia disampaikan secara bersahaja, menggunakan gaya pertuturan seharian. Penutur cerita teladan tidak memerlukan kebolehan luar biasa seperti penutur cerita penglipurlara. Penuturnya hanya perlu mengingat jalan cerita sahaja. Fungsi utama cerita teladan ialah sebagai saluran pendidikan. Cerita teladan membawa pelbagai tema yang berkaitan dengan budi pekerti, kasih sayang sesama manusia atau binatang, hubungan kekeluargaan dan sebagainya. Cerita teladan merupakan bahan hiburan sebelum tidur. Ia sering dituturkan oleh ibu-ibu atau nenek ketika berehat pada waktu malam bersama anak-anak atau cucu-cucu mereka.
 
Sang Gagak Yang Bijak

2 ulasan: