Lembaran Kerja Membina Ayat
1. membaca - surat khabar - sofa
...........................................................................................................................
2. menjahit - mesin jahit - ruang tamu
..........................................................................................................................
3. membantu - kerja rumah - sofa
.........................................................................................................................
4. menerima - tunjuk ajar - abang
.........................................................................................................................
Contoh 2 : Melengkapkan ayat-ayat diberi dengan betul berdasarkan gambar.
1. Ali dan rakan-rakannya sedang berbaris......................................................
.....................................................................................................................
2. Seorang pekerja kantin sedang ..................................................................
.
.....................................................................................................................
3. Seorang budak lelaki sedang membuang ...................................................
....................................................................................................................
4. Beberapa orang murid sedang makan........................................................
....................................................................................................................
5. Seorang lagi pekerja kantin sedang ...........................................................
....................................................................................................................
Contoh-contoh Soalan Kefahaman.
TUN
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Tun
Dr.Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Alor Setar, Kedah
Darul Aman. Beliau pemimpin negara yang disegani. Beliau juga merupakan seorang
yang rajin berusaha. Tun Dr.Mahathir pernah membuka klinik persendirian di
pekan Alor Setar. Beliau suka membantu pesakit yang miskin.
Pada
16 Julai 1981, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, negara kita menjadi bertambah maju dan
dikenali di seluruh negara. Beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia kerana jasa
yang dicurahkan kepada negara. Tun
Dr.Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003. Tun
Dr.Mahathir tetap dikenang dan menjadi contoh kepada rakyat Malaysia.
Jawab soalan-soalan kefahaman di bawah.
1. Siapakah
Tun Dr.Mahathir ?
..............................................................................................................................
2. Di
manakh Tun Dr.Mahathir dilahirkan ?
.............................................................................................................................
3. Bilakah
beliau dilantik menjadi Perdana Menteri ?
4. Apakah
jasa beliau kepada masyarakat dan Negara ?
5. Mengapakah
beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia ?
..........................................................................................................................
TAN
SRI P.RAMLEE
Pernahkah
kamu menonton filem lakonan P.Ramlee ? Sesiapa yang pernah menonton filem lakonan
P.Ramlee pasti akan terhibur. Siapakah
P.Ramlee ? P.Ramlee merupakan seorang penghibur, pelakon, pengarah, penyanyi
dan pencipta lagu. Nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.
Beliau dilahirkan pada 22 Mac 1929. Sepanjang hidupnya, beliau telah
menghasilkan sebanyak 66 buah filem dan 365 buah lagu.Walaupun
P.Ramlee sudah meninggal dunia pada tahun 1973, nama beliau tetap menjadi
sebutan rakyat Malaysia. P.Ramlee dikenali sebagai Seniman Agung.
Jawab soalan-soalan kefahaman di bawah.
1. Bilakah
P.Ramlee dilahirkan ?
2. Apakah
nama sebenar P.Ramlee ?
3. Berapakah
jumlah filem dan jumlah lagu yang telah dihasilkan oleh P.Ramlee ?
4. Bilakah
P.Ramlee meninggal dunia ?
5. Nyatakan
keistimewaan P. Ramlee.
.....................................................................................................................
DATUK
NICOLE ANN DAVID
Nicole
Ann David ialah ratu skuasy negara kita. Nicol dilahirkan pada 26 Ogos 1983 di
Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Convent Greenlane,
Pulau Pinang. Pada 14 Julai 1988, beliau telah menjadi pemain yang termuda
memenangi Kejohanan Skuasy Asia. Kini beliau berada dalam kedudukan sepuluh
pemain terbaik di dunia. Beliau telah mempamerkan aksi yang cemerlang dalam
beberapa kejohanan antarbangsa. Dalam Kejohanan Dunia tahun 2003, beliau telah
menewaskan beberapa pemain terbaik dunia.
Nicole
kini berlatih dengan kelab profesional di Belanda. Beliau dilatih oleh Liz
Erving, iaitu bekas pemain nombor satu dunia. Beliau menyertai kejohanan skuasy
antarabangsa 10 hingga 12 kali setahun bagi mengekalkan prestasi dan
kecemerlangannya.Antara kejohanan yang telah disertai beliau ialah terbuka
Monte Carlo, Terbuka Malaysia, Terbuka Belanda, Terbuka Salt Lake City dan
Kejohanan Dunia. Kejayaan beliau boleh menjadi teladan kepada kita. Beliau bukan
sahaja berjaya dalam sukan skuasy tetapi juga berjaya dalam pelajaran. Beliau
telah berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Jawab soalan-soalan kefahaman di bawah.
1. Siapakah
Nicole Ann David ?
2. Bilakah
beliau dilahirkan ?
3. Bagaimanakah
Nicole mengekalkan prestasi dan kecemerlangannya ?
4. Apakah
kejohanan yang pernah disertai oleh beliau ?
5. Adakah
kita patut mencontohi beliau? Mengapa ?
........................................................................................................................
Bahagian ini untuk khas buat murid-muridku. Selamat mencuba.Ada masalah jangan segan bertanya.
BalasPadam