RPH


 


Rancangan Mengajar Bahasa Melayu Tahap 1

Tarikh              :  1 November 2012                Hari     :   Selasa
Masa                :  1:40-2:10 petang                  Kelas   :   2 Kreatif
Subjek             :  Bahasa Melayu

Tema               :  Kebudayaan

Tajuk               :  Kuih Oh Kuih

Sub Tajuk        :  Kuih-muih Tempatan 

Standard Kandungan : 2.3  Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan    
                                           yang  jelas dan intonasi yang betul.
                                    1.5  Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan  
                                           tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran:2.3.1Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang
                                             jelas, intonasi  yang betul dan berjeda.
                                      1.5.1Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang
                                             jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.
Hasil Pembelajaran: Selepas pengajaran, pelajar dapat:

1.      Domain Kognitif

i. menamakan kuih-muih yang terdapat di dalam lirik lagu

ii.melengkapkan senarai kuih manis dan kuih pedas (lembaran kerja)

2.      Domain Afektif

i.menunjukkan minat dan bekerjasama dengan baik semasa melaksanakan aktiviti melengkapkan lembaran kerja secara bertulis

3.      Domain Psikomotor

i. menolong rakan-rakan menjawab solan latihan yang diberikan.

ii. menyanyikan lagu dengan perasaan gembira 

ABM               : daun pandan, slaid, kad gambar,  lembaran kerja 

Pengisian Kurikulum:

i.                    Ilmu : Pendidikan Muzik & Kajian Tempatan

ii.                  Nilai : bekerjasama, menghargai, berani, rajin, keyakinan diri dan berdikari

iii.                Elemen Merentas Kurikulum- kreativiti dan inovasi              

Kemahiran       : Pengabungjalinan pengetahuan dan pengabungjalinan kemahiran 

Strategi            : 1.Penggabungjalinan kemahiran

                         2.Penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran

                         3. Pengayaan 

Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid pernah melihat pelbagai jenis kuih dijual di gerai.

                                         2.Murid pernah merasa sendiri pelbagai jenis kuih tempatan.
 
 
 
FASA/

LANGKAH
  
ISI PELAJARAN/

KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

 
CATATAN
  
Set Induksi

(3 minit)

 Contoh soalan:

a)Apakah nama daun ini? (daun pandan)

b)Apakah guna daun ini dalam membuat kuih koci?
(mewangi dan menghijaukan kuih)

c)Bagaimana cara menggunakan daun ini?  (ditumbuk dan diambil airnya dan dibancuh dengan tepung)

 a)Guru menunjukkan sejenis daun dan meminta murid meneka nama daun tersebut.

b)Murid diberi peluang untuk memerhati, memegang dan menghidu bau daun tersebut.

c)Guru bersoal jawab tentang daun tersebut dan kaitannya dengan kuih tradisional.

 Guru menayangkan beberapa jenis kuih tradisional melalui tayangan slaid.

 Ilmu: Sains

Nilai murni: Menghargai

 EMK : Kreativiti & Inovasi

Kemahiran: Mendengar, bertutur dan berfikir

 

 

 Fasa 1

(4 minit)

Nama kuih-muih:

-karipap
- pau
-lempeng
-bahulu
-koci
-keria dan seumpamanya

 

 

a) Guru meminta murid menamakan sendiri kuih-muih yang murid sendiri tahu.

b) Guru menayangkan beberapa jenis kuih tradisional melalui tayangan slaid kuih-muih.

c) Guru meminta murid menamakan nama kuih-muih yang dipaparkan di layar.

Ilmu: Pendidkan Muzik

Nilai murni:Rajin

EMK:Kreativiti &  Inovasi

Kemahiran: Mendengar, bertutur dan berfikir

Fasa 2

(10 minit)

Lagu
“Kuih Tradisional”
mengikut rentak lagu “Papaku Pulang Dari Kota”

 

Cara memasak
a)menggoreng
-kuih keria
-cucur badak dan sebagainya

 
b)mengukus
-kuih koci
-kuih lapis dan seumpamanya

a)Guru memperdengarkan lagu “Kuih Tradisional”.

b)Guru& murid menyanyi bersama-sama.

c)Murid membaca lirik lagu secara
kelas.

d) Murid menamakan kuih-muih yang terdapat di dalam lirik lagu berkenaan.

e)Guru bersoaljawab dengan murid mengenai nama-nama kuih mengikut
-cara kuih dimasak
-jenis kuih (manis atau pedas)

Ilmu: Pendidikan Muzik

Nilai murni: Kerjasama

EMK:Kreativiti & Inovasi

Kemahiran: Mendengar, bertutur dan berfikir
 
  
Fasa 3

(10 minit)

 Kuih tempatan dan cara memasaknya.

a)Murid membaca frasa-frasa yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi.

b)Murid mengkategorikan cara kuih dimasak.

 

Ilmu:Kajian Tempatan

Nilai murni:
Berdikari

 

Pengayaan

Jenis kuih tempatan
-manis
-pedas

a)Murid membaca frasa-frasa yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi.

b)Murid mengkategorikan rasa kuih-muih tempatan yang disenaraikan.

 

Ilmu:Kajian Tempatan

Nilai murni:
Berdikari

 

 Penutup

(3 minit)

a)Kuih tempatan
-jenis kuih
-nama kuih
-cara memasak kuih

Guru merumuskan
-isi pembelajaran pada hari ini
-nilai murni yang berkaitan

Nilai murni :
-menghargai
-rajin
-kerjasama
-keyakinan diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan