Sekolah
Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
Sekolah
Kebangsaan Pasukan Polis Hutan (SKPPH) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak
1.5 kilometer dari Kem Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Ulu Kinta di negeri
Perak, Malaysia. Pembinaan SKPPH bermula
pada tahun 1967 dan siap untuk digunakan pada 6 Mei 1968. Ia dibina di atas
tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi secara percuma oleh pihak Briged
Utara, Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bagi menyediakan lokasi sekolah yang
hampir dengan kem tersebut. Sekolah ini dibina bersebelahan dengan Sekolah
Menengah Kebangsaan Ulu Kinta. Pada
mulanya sekolah ini hanya mempunyai sebuah blok bangunan dua tingkat dan sebuah
kantin. Tanggal 9 Mac 1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah
dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Mohamed Khir Johari. Pada 10 Jun
1969 tempat pancutan air telah dibina di tepi bangunan sekolah bagi
mengindahkan kawasan sekolah. Perpustakaan pula beroperasi dengan sepenuhnya
pada 4 Julai 1969.Kini SKPPH
telah berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan yang dikenali ramai.
Bangunan sekolah juga turut bertambah kepada 5 blok bagi menampung pertambahan
murid. Murid-murid
di sekolah ini sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak anggota Pasukan
Polis Hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am Briged Utara
selepas tahun 1990. Kebanyakan murid-murid lepasan SKPPH menyambung pelajaran
mereka ke sekolah berasrama penuh, sekolah teknik, sekolah agama atau Sekolah
Menengah Kebangsaan Ulu Kinta. Walaupun Kem Pasukan Polis Hutan telah ditukar
namanya ke Kem Pasukan Gerakan Am, sekolah ini tetap mengekalkan nama lamanya,
Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan kerana sejarah awalnya.
Tahniah, blog anda sangat menarik! Teruskan usaha :)
BalasPadamTerima kasih, cikgu Rosmina.
Padam